~sudi-sudi la like ek~

jom foLLow cik yaya

~ inilah CINTA SEJATI !! ~



Tuhan memberikan kita sepasang kaki untuk berjalan, sepasang tangan untuk memegang dan sepasang telinga untuk mendengar kebesaran tuhan. Tetapi mengapa tuhan memberikan hanya satu hati sahaja kepada kita?
Mengapa?
Kerana Tuhan memberikan satu hati pada seseorang uintuk kita mencarinya dan itulah CINTA.. Dan jika kamu tidak mampu menjalani kehidupan dengan satu hati, Cintailah dia yang ternyata yang akan membuatkanmu rasa nyaman, Dia yang akan membuatmu merasa senang dan hilang gundah gelana, Dialah yang selalu membawa kebaikan. Dan dialah yang selalu membawamu lebih dekat dengan tuhan. Itulah sesungguhnya Cinta yang sejati..
Gapailah cinta sejati sebenar anda.. Wallahualam...

~ yANg mANa sATukAh piLIHan haTiku!! ~



entri cikyaya kali ni berdasarkan artikle yg cikyaya postkan nie ek... 
sama2 la kita renung-renungkan oke dear!! 

***

Assalamualaikum, saya harap laman web ini dapat diteruskan kerana ianya dapat memberi manfaat di samping itu meyelesaikan masalah mengenai cinta..

Saya ingin bertanya macam mana pula jika 2 orang jejaka telah menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap seorang wanita. Apakah tindakan yang harus dibuat supaya keadilan dan pembetulan dilakukan bagi menghadapi cinta yang sejati?


Waalaikumusalam Amalina. Terima kasih atas sokongan Amalina kepada blog Pakar Cinta ini. InsyaAllah, kami akan teruskan berusaha untuk memperbaiki serta memberi input-input yang berguna tentang cinta beralaskan Islam, InsyaAllah.
Amalina, secara fitrahnya seorang wanita hanya layak mencintai seorang lelaki dalam hidup mereka untuk dijadikan suami. Walaubagimanapun, adakalanya dalam hidup ini kita tersepit antara dua pilihan. Terpaksa memilih antara dua yang selalunya melibatkan masa depan, perasaan hati insan-insan tersayang, dan keinginan diri sendiri.
Bak kata orang hidup segan mati tak mau. Terasa sukar sangat untuk membuat pilihan kerana bimbang kesan yang berlaku apabila membuat pilihan yang salah. Ya, Pakar Cinta fahami situasi sebegini.


Antara Ciri-Ciri Suami Soleh:
  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
Tetapi, tepuklah dada, tanyalah selera. Yang mana satu yang Amalina cintai? Yang mana satu yang boleh dijadikan suami? Yang mana satukah yang boleh membimbing Amalina ke jalan yang diredhai Allah. Bukan yang mana satu yang lebih tampan, yang mana satu yang lebih kaya atau yang mana satu mempunyai ‘six pads’?
Lakukan solat istikharah. Mohonlah petunjuk kepada Yang Maha Mengetahui. Sentiasa amalkan bertawakkal serta berserah kepada Allah kerana tiada penyesalan akan berlaku sekiranya kita yakin sesuatu itu berlaku kerana ketentuanNya.
Yang paling penting, ikut kata hati sesungguhnya hati lebih mengetahui apa yang diri kita mahu tapi fikir dengan wajar agar kita tak tersalah langkah & menghargai cinta yang baru…
***
insyaALLAH.. cikyaya akan mengamalkannya untuk dijadikan petunjuk... :D

***
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...