~sudi-sudi la like ek~

jom foLLow cik yaya

~terhenti di sini~

Indah sungguh kali pertama mengenalimu teman,
kenangan itu memang sukar untuk ku tapis,
betapa gembiranya aku pada tika itu,
kaulah teman kaulah sahabat sejatiku,
bagi aku kaulah teman periangku,
yang kadang kala membuatku tersenyum,
siang dan malam aku amat merinduimu,
TEMAN!!tahukah engkau betapa aku amat sayang akan engkau,
tapi kenapa kau berubah hati hanya aku yg hina ini,
TEMAN!!benar kata pepatah cuaca tak selalu cerah,
kini kau tinggalkan aku dan pergi tanpa pesan,
apa salah aku,wahai teman,,
kau percaya dengan kata-kata insan yang membenci aku,
tahukah engkau siapakah insan yang pertama kali kau kenali,
kini kau bahagia bersama insan yang baru kau kenali,
tak apalah aku tak kisah janji hidup kau bahagia bersama dia,
TEMAN!!tak apalah aku tahu aku insan yang hina,
aku memang tak layak untuk berdampingi dengan insan yang sempurna sepertimu,
aku terima siapa juga diri aku,
pergilah temanku tersayang,
kini orang yang membenci aku bisa tersenyum kerana misi dan visi mereka berjaya,
biarlah aku merana kerana insan bernama teman yang aku sayang,
ingatlah temanku,
walau apa pun yang berlaku,
kau tetap dihatiku,
kerana kau lah teman ku yang periang dunia dan akhirat,
doaku sentiasa bersamamu walaupun aku tahu kau membenci aku,
biarlah aku pedih dan derita masa ini,
teman andainya aku pergi suatu hari nanti,
ketahuilah oleh mu bahawa aku amat menyanyangi persahabatan kita ini,
yaALLAH,maafkan lah aku kerana gagal menyelamatkan persahabatan ini,
biarlah aku berundur diri demi untuk kebahagiaan insan yang lain,
teman aku gembira melihat kau bersama teman baru,
tapi dalam hati ini hanya tuhan yang tahu betapa pedihnya dan terlukanya aku,
teman aku akan cuba sedaya upaya untuk lupakan kisah silam antara kita,
walaupun ianya amat perit untuk aku lakukan,
maafkan aku teman,
aku tak mintak dilahirkan sebegini,
namun aku juga punya hati dan perasaan,
terima kasih teman kerana sudi menjadi teman istimewa ku buat sementara waktu,
walaupun persahabatan itu cuma sementara namun sungguh bermakna buat aku,
isyaALLAH,akan ku abadikan ianya hingga nafas terakhirku,
maafkan aku wahai teman ku,
jika aku bersalah padamu selama ini,
halalkan makan dan minum aku ketika kita bersama satu masa dulu,
TEMANKU!!jika kau dalam kesusahan sebutlah nama ku,
insyaALLAH aku akan sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu mu,
tapi jika aku tiada lagi,
maafkan aku teman,
sedekah kan lah aku AL-FATIHAH,
buatmu teman ini lah luahan hati ku padamu,
aku ingin kau tahu betapa aku amat menyanyangimu,
walaupun aku tahu aku hanya insan biasa,
kini kau pergi buat selamanya dalam hidup ini,
pergilah temanku,
andai itu yang kau mahu,
maafkan diriku dunia dan akhirat,
hanya satu pesan ku,
hargailah orang yang mencintai dirimu dengan kasih sayang yang ikhlas.

                                 
                                                  

No comments: