~sudi-sudi la like ek~

jom foLLow cik yaya

~bersantai sambil beramal~

chak,,chak,,chak..
assalamualaikum kawan2 cik yaya ..
hope korang sht dan epy2 sllu k..

hurm,,sbnrnye cik yaya xde la stry sgt..but sje singgah2 kt blog nie..tggal tpk kaki jap..
dah lme xbuka,,rindu la plak..
huhuh~_~
sbenranye td cik yaya de uat stu kajian..tetibe plak 
cik yaya ade bce beberape artikel nie hah...
korang nk taw artikal soal ape???

haah..mehh kite tgk sme2...jgn tgk je..bile dah tgk..kne la bce..
klu tgk je..mne nk taw kan ape yg trkndg dlm artikel tu..
bile kite dah bce..selamat beramal la ek..huhuhu

..KUASA SEORANG PEREMPUAN..
-
Pepatah ada mengatakan ´tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia´. Nyata, itulah hakikatnya seperti apa yang dapat kita saksikan hari ini. 
Wanita begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa kesunyian
 dan keseorangannya di dalam syurga.
 Wanita begitu bererti bagi seorang lelaki kerana tanpa wanita hidup seorang 
lelaki tidak akan sempurna, tidak akan bertambahlah zuriat di muka bumi ini, tidak akan 
ada seorang lelaki bergelar suami, tidak dapatlah seorang lelaki menjadi pemimpin 
dalam rumah tangga, dan nescaya sunyilah hidup seorang lelaki
 tanpa teman untuk bergurau senda.

Kejadian wanita adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok.
 Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan 
yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan. 
Di situlah peranan sebagai seorang pemimpin dimainkan oleh lelaki. 
Antara kita sedar atau tidak, wanita banyak mempengaruhi kehidupan seorang lelaki.
 Kuasa yang dimiliki oleh wanita boleh menentukan kejayaan atau kemusnahan 
hidup seorang lelaki. Lihat sahaja punca keruntuhan beberapa empayar gah 
dunia yang dibina oleh lelaki, tetapi musnah sekelip mata dek pujukan 
seorang yang bernama wanita. Antaranya adalah empayar yang 
dibina oleh Napoleon Bonarparte dan Josephine, Anthony dan Cleopatra, 
Hitler dan Matahari, Samson dan Delila, serta Abu Lahab dan Hendon.

Begitu juga sebaliknya. Di belakang kejayaan seorang lelaki, juga berdiri seorang wanita. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w bersama Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain, 
Nabi Ayub bersama Siti Rahmah, dan Nabi Ibrahim bersama Siti Sarah serta Siti Hajar.
 Wanita-wanita inilah yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam 
menegakkan kebenaran dan kekuatan agama.

Seperti kisah semasa Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama dan bagaimana peranan yang dimainkan oleh isterinya Siti Khadijah telah memberikan semangat kepada baginda. 
Tepat pada umur 40 tahun, Muhammad bin Abdullah, suami Siti Khadijah menerima tugas 
kenabian yang harus disampaikan ke seluruh umat manusia.
 Tugas yang tentu saja tidak mudah, sehingga Nabi Muhammad s.a.w sendiri pada awalnya merasa ragu-ragu, apakah benar yang diterima adalah wahyu, dan apakah juga merupakan pengangkatan
 sebagai Nabi (yang menerima wahyu) dan Rasul (yang diutus menyampaikan misi). 
Tetapi sang pendampingnya Siti Khadijah, yang teguh hati, menenangkan, menenteramkan, 
menguatkan dan memastikan bahawa yang diterima benar wahyu dan baginda 
benar-benar diangkat menjadi Nabi dan Rasul.

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan yang dimiliki oleh wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. 
Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan 
kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredai Allah.

Kaum lelaki mudah goyah dan kalah dengan layanan yang baik. 
Apatah lagi daripada wanita yang sangat dikasihinya seperti isteri dan ibu. 
Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
 Malahan untuk menjadi seorang isteri yang solehah adalah dengan memberi layanan yang 
sebaiknya terhadap suami. Ini kerana syurga seorang isteri adalah pada suaminya.

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. 
Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa 
daripada orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Dan sebagai seorang anak, kita dilarang sama sekali untuk menderhaka kepada ibu dan sentiasa mendahulukan ibu dalam apa jua urusan. 
Doa seorang ibu adalah yang paling dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Sifat ketaqwaan lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita. Ia merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.
 Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah
 kepada pelbagai godaan, cubaan, dan ujian. Jadi terpulanglah pada diri seorang wanita itu untuk memperoleh ketaqwaan ini.

Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki 
yang berhak ke atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w: 
“Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit,
 matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada
 suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Bagaimanapun, ia tidak bermakna pada wanita yang hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. 
Jauh tersembunyi, wanita sebenarnya dianugerahkan dengan
 kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia 
menurut kehendaknya dan memberi segala haknya. Sabda Rasulullah s.a.w 
tentang besarnya peranan wanita ini ialah: "Wanita itu tiang negara, jika baik wanita
 di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan wanita,
 wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, 
wanita akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka. 
Oleh itu gunakanlah kuasa yang dimiliki oleh wanita di tempat yang sepatutnya. 
Dan bantulah lelaki untuk menjadi pemimpin yang berjaya di dunia dan di akhirat.

..KELEBIHAN PEREMPUAN..
-
~Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

~Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
~Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
    ~2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
  ~Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
   ~Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
      ~Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  ~Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
~Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
   ~Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
 ~Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
~Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
 ~Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  ~Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
~Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
~ Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
    ~Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
~Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
 ~Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
~Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
   ~Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
          ~Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
~Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
~ Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
 ~Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


cik yaya bersyukur sangt..krana cik yaya dipilih untuk menjadi seorang perempuan...
yaho0o0o0o0..ALHAMDULILLAH

amin..itu saja..selamat beramal...

No comments: